Antanom atau dikenali sebagai Pahlawan Anak Rimba Berjiwa
Besar,nama sebenar Beliau ialah Ontoros Anak Lelaki Antanom merupakan ketua
kaum Murut di Rundum.Beliau dilahirkan pada tahun 1875,ketika beliau berusia
30tahun , Beliau telah memimpin orang-orang Murut menentang SBUB yang telah
menindas kaumnya.
Antara faktor-faktor penentangan merupakan SBUB
melarangkan pembukaan tanah baru menyebabkan mereka merasa hak asasi mereka
telah diceroboh telah mengakibatkan kekurangan sumber beras.Selain itu,SBUB
turut mengenakan cukai yang membebankan seperti cukai kepala,cukai sebatang
pokok kelapa untuk minum tuak,cukai tanaman pindah,cukai tangkapan ikan besar
dan cukai memelihara anjing.Orang murut turut dijadikan buruh paksa untuk
membina jalan di pendalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan
Rundum.Faktor terpenting adalah SBUB telah menceroboh hutan untuk membina jalan
kerana mengikut kepercayaan kaum mereka,pencerobohan akan mengganggu roh nenek
moyang mereka.
Antanom telah menyatukan orang murut menentang SBUB demi
menebus maruah mereka.Pada Februari 1915,Antanom telah menyerang pensiangan dan
membakar bangunan kerajaan.Sebulan kemudian,Beliau memimpin kira-kira 600 orang
murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran
SBUB,kejayaan ini telah meningkatkan semangat perjuangan orang murut dan
anggota Beliau telah bertambah kepada 900 orang.Selepas itu,Antanom membina
kubu pertahanan di Sg.Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah
tanah.Selepas sebulan,SBUB kembali dengan menghantar 400 orang tentera
menyerang kubu pertahanan Antanom,pertempuran ini telah berlangsung selama 6
minggu dan diakhiri dengan pengorbanan pahlawan Antanom dan 400 orang murut
ketika mempertahankan Rundum,penentangan ini telah dikenali sebagai “ Kebangkitan
Rundum “ .