Sunday, 11 January 2015

Syariff Osman


Syariff Osman merupakan Antara tokoh terawal menentang penjajah.Beliau berketurunan Suluk , Bajau dan Brunei ,isteri Beliau merupakan Puteri Sulu anak saudara kepada Sultan Sulu.Beliau dikatakan sebagai wakil kesultanan Sulu untuk mentadbir Teluk Marudu.Kedatangan penjajah telah mengugat keamanan yang tersedia di daerah ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati Beliau.

Oleh itu,Beliau telah beberapa kali menyerang kapal-kapal penjajah dan telah menimbulkan kemarahan pihak penjajah.Kapal-kapal dagang penjajah telah dipindahkan ke Sandakan untuk mengelakkan serangan dari Beliau.Kemudianya,pihak penjajah telah meminta pertolongan daripada Raja Putih Sarawak , James Brooke.

Serangan antara pihak Syariff Osman dan tentera-tentera Inggeris telah dilakukan melalui jalan laut.Serangan pihak Syariff Osman bertambah gempur apabila mendapat sokongan daripada Syed Yusuf iaitu Perdana Menteri Sultan Brunei.Sokongan ini telah membimbangkan James Brooke,James Brooke turut meminta bantuan daripada pihak singapura untuk bekalan tentera dan juga kapal perang yang diketuai oleh Thomas Cochrane.


Pertempuran ini telah menyebabkan kubu Syariff Osman hancur dan Beliau turut terkorban dalam pertempuran ini,Pengikut-pengikut Syariff Osman turut berundur dengan membawa jenazah Syariff Osman dan dikebumikan di luar kawasan kubu .

No comments:

Post a Comment