Wednesday, 14 January 2015

Antanom

Antanom atau dikenali sebagai Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar,nama sebenar Beliau ialah Ontoros Anak Lelaki Antanom merupakan ketua kaum Murut di Rundum.Beliau dilahirkan pada tahun 1875,ketika beliau berusia 30tahun , Beliau telah memimpin orang-orang Murut menentang SBUB yang telah menindas kaumnya.

Antara faktor-faktor penentangan merupakan SBUB melarangkan pembukaan tanah baru menyebabkan mereka merasa hak asasi mereka telah diceroboh telah mengakibatkan kekurangan sumber beras.Selain itu,SBUB turut mengenakan cukai yang membebankan seperti cukai kepala,cukai sebatang pokok kelapa untuk minum tuak,cukai tanaman pindah,cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing.Orang murut turut dijadikan buruh paksa untuk membina jalan di pendalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.Faktor terpenting adalah SBUB telah menceroboh hutan untuk membina jalan kerana mengikut kepercayaan kaum mereka,pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka.


Antanom telah menyatukan orang murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka.Pada Februari 1915,Antanom telah menyerang pensiangan dan membakar bangunan kerajaan.Sebulan kemudian,Beliau memimpin kira-kira 600 orang murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB,kejayaan ini telah meningkatkan semangat perjuangan orang murut dan anggota Beliau telah bertambah kepada 900 orang.Selepas itu,Antanom membina kubu pertahanan di Sg.Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah.Selepas sebulan,SBUB kembali dengan menghantar 400 orang tentera menyerang kubu pertahanan Antanom,pertempuran ini telah berlangsung selama 6 minggu dan diakhiri dengan pengorbanan pahlawan Antanom dan 400 orang murut ketika mempertahankan Rundum,penentangan ini telah dikenali sebagai “ Kebangkitan Rundum “ .

No comments:

Post a Comment