Wednesday, 14 January 2015

Datu Tating

Datu Tating merupakan seorang Datu yang di Raja berketurunan Sulu,Beliau dilahirkan di bawah kesulatan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
Beliau merupakan orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.Kehadiran Beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat di sana apabila beliau Berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.

Kemarahan Beliau terbangkit apabila John Robert muncul dan telah mengacukan senjata dihadapan pengikutnya seolah-olah tidak menghormati bangsanya.Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji,kontrak gudang,pembersihan hutan dan pembinaan kubu.

Kemudianya,Datu Tating telah pergi ke Pulau Banggi untuk meminta bantuan daripada sepupunya.Beliau Telah Berjaya mengumpulkan sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
Kepahlawanan Beliau boleh dilihat apabila Beliau Berjaya mengalahkan British dalam masa hanya 7 jam,aktiviti menentang British kemudianya mula menular di beberapa kawasan termasuklah di Tempasuk ,Teluk Marudu serta Relau.


No comments:

Post a Comment